Wanita Yang Suka Berselfie Akan Kelihatan Lebih Tua, Ini Sebabnya

Sharing is caring!

Trend selfie sudah menjadi antara perkara yang wajib dilakukan pada setiap hari. Namun tahukah anda bahawa tabiat selfie berlebihan juga boleh menyebabkan kulit wajah anda kelihatan cepat tua? Penjelasannya di bawah ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang blogger kecantikan Mehreen Baig, 26, di mana tabiat selfie berlebihan akan menyebabkan kulit wajah cepat tua. Melalui portal berita Dailymail, Mehreen menjelaskan tabiat selfie sebanyak 50 kali sehari boleh menyebabkan muka ditumbuhi jerawat, bintik hitam dan perubahan kepada tona kulit.

Loading...

Ini kerana cahaya yang dihasilkan oleh lampu biru HEV(High-Energy Visible Light) pada telefon lebih berbahaya dari cahaya matahari kerana kadar penembusan terhadap kulit lebih dalam.

Selepas mengetahui mengenai cahaya HEV yang dipancarkan telefon semasa bergambar, dia telah bertindak berjumpa pakar kulit apabila melihat kulit wajahnya mengalami tanda-tanda penuaan pra-matang.

Cahaya HEV bukan sahaja dipancarkan oleh peranti seperti telefon tetapi turut terdapat pada komputer riba dan tablet dan kajian menunjukkan ia hanya sebagai berbahaya kepada kulit sebagai cahaya UVA dan UVB.

Berdasarkan kajian dan didedahkan oleh David E. Bank, Direktor dermatologist, cosmetic, dan laser surgery di Mount, New York. cahaya HEV boleh menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut, kemerahan, sehingga pigmentasi.

Loading...

“Beberapa kemungkinan terjadi dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan, kemerahan, sehingga pigmentasi,” jelasnya.

Disebabkan itu, Mehreen menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti berselfie untuk mencegah gajala berkenaan, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium, untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie.

 

Sharing is caring!

Loading...